BAB 1
"Hah! lewat kau balik Sha ? kau pergi ke mana ? dating ke ? " kata Lia kepada rakannya , Alisha.
"Eh? Lewat ke ? Aku rasa macam biasa sahaja.Hah ! ke kau yang balik awal ni? hihihi" Alisha ketawa seakan-akan Lia buat lawak jenaka.Itu lah perangai si Sha . Suka sangat menyakat Lia . Sedih tahu ? hehe.
Lia duduk di bangku yang berada di luar rumah sambil membaca novel . "Kau tak pergi mana-mana ke cuti panjang ni?" Alisha menerjah.
"Woi! Terkejut aku tahu tak?! Hish kau ni! Hmm. Tu lah Sha , Aku ingat aku mahu pulang ke Malaysia cuti panjang ni. Rindu sangat-sangat akan keluarga aku di sana ! Sudah 6 bulan tidak pulang ke sana . "
"Hm , Untung lah kau masih ada keluarga."
Ya , Kasihan akan rakan baikku ini. Keluarganya sudah meninggal dunia pada 7 bulan yang lepas. Aku sedih melihat rakan baikku ini . Entah lah jarang balik ke Malaysia , Jarang menjenguk keluarganya di sana . Tiba-tiba dia mendapat panggilan daripada doktor di Malaysia , memberitahunya bahawa Keluarga dia terlibat dalam kemalangan di jalan raya . Teruk keadaan keluarganya semasa itu .
Tepat pada jam 4 petang , Sha mengajak aku untuk menyertai dia dan rakan-rakannya jogging di Taman pada jam 5 nanti . Lia tiba lewat 10 minit di sana. "Haih, mana si Sha ni ! kata pukul 5 ! ni dah lebih 10 minit ni ! Nak kena tau dia ni ! " rungut Lia dalam hati. Tidak jauh dari tempat duduknya, Lia terlihat sepasang kekasih sedang berjalan berpimpin tangan. Jelas terpanjar kebahagiaan di wajah mereka. Dia tersenyum sendirian "Bahagiannya mereka. Kalaulah aku boleh rasa kebahagiaan seperti itu di saat ini. Mengapa kebahagiaan yang selama ini aku impikan masih tidak mampu untuk menjadi milikku? Hakem, dimanakah dikau disaat ini? Rindukah kau pada ku? Ataupun kau telah menemui kekasih hatimu dan sedang bermesra bersama insan yang baru ?" . Tiba-tiba ada seseorang yang memegang bahu aku "Hah! Termenung jauh nampak? Teringat kat siapa tu ? " Ya'Allah terkejut aku dibuatnya. "Kau ni Sha! kalau tak menyakat aku , tak sah kan?! hah! yang kau ni ! kenapa lambat sampai?! berjam jam tau aku tunggu kau kat Taman ni ! Sorang-sorang pula tu , kesepian tau! tak kesian ke ? hihihi " Jawab Lia. " Alolo , kesiannya kawan aku seorang ni! kalau kesepian , cari lah pasangan ! Kihkihkih" Tergelak Lia mendengar kata-kata Sha itu. Sungguh , Sha tidak mengetahui akan kewujudan Hakem di dalam hidupnya. "Hah! Jum lah jogging . Tak sabar ni .. hihihihi. Oh lagi satu! Malam ni aku kerja tau ! so , kau kena jadi Driver aku malam ni! Lalala!! "
Selesai sahaja Lia mandi , dia bersiap untuk pergi kerja di McDonald . Dia kerja Part Time di sana . Ketika hendak Make-up , tiba-tiba dia terbayangkan teman tapi mesra nya , Hakem. Dia amat merindui Hakem ketika itu. Dia mengenali Hakem sejak Tingkatan satu lagi. Mereka sangat rapat .Sampaikan jika ada orang yang hendak memikat Lia , pemuda itu akan memukul lelaki yang cuba untuk memikat Lia. Tapi kini.. sejak Lia belajar di USA , mereka jarang berhubung . Kadang-kadang sahaja mereka berhubung , itu pun melalui Skype . Bunyi hon kereta menghentikan lamunannya . "Sah tu Sha! Ke mana lah agaknya dia merayap.Haih " getus Lia dalam hati.
"Jap Sha ! Jap ! Aku nak ikat rambut sekejap! hihi" Lia menjerit memberitahu Sha bahawa dia belum mengikat rambutnya lagi ketika itu. Sesudah sahaja Lia menyiapkan dirinya , dia terus keluar dari rumah dan masuk ke dalam kereta . " Hah! Lambat betul kau ni ! berjam-jam tau aku tunggu kau dalam kereta ni !" bebel Alisha .
" Banyak lah kau punya berjam! Tak sampai 5 minit pun ok! Yang kau ni , Dari mana?! "
"Ehem , jangan lah tanya dari mana . Hish kau ni! hihi, Aku baru balik dari makan , Sir Alex ajak aku makan tadi .. tu yang aku on je ! lalalala"
"Euw ! Miangnya kau ni ! dengan Lecturer sendiri pun jadi eh?! " sakat Lia .
"Ewah ewah kau! pandai-pandai je cakap aku miang?! Sekurang-kurangnya ada lah juga yang minat dekat aku! Kau hado ? " Perli Sha.
Lia mendiamkan dirinya , lalu dia terus mengambil telefon bimbitnya dan terus bertwitter. " Ish si Sha ni! Tak habis-habis nak menyakat aku ! Sehari kalau tak menyakat aku .. Memang ada lah tu yang tak kena dengan dia ! " marah Lia dalam hati .
"Awal You datang , Lia? " Tegur Asyraf . Asyraf salah seorang rakannya yang sama fakulti di Universiti itu dan juga rapat sejak sekolah rendah lagi.
"Awal ? Banyak lah you punya awal. Biasa-biasa je I rasa."
"Tu You yang rasa , I rasa awal .. hihi "
Ramai pula pelanggan yang datang hari ini . Letih Lia dibuatnya.
Selalunya Sha akan mengambil dia pada jam 1 pagi . Tetapi hari ini , lambat pula Sha datang. Lia menelefon Sha , namun Sha tidak mengangkat panggilan itu. Jarum jam menunjukkan sudah jam 1:15 pagi , namun kelibat Sha tidak kelihatan.
"Hi Lia , belum balik lagi? Mana kawan baik you tu ? "
"Hm , tu lah Asyraf . I pun tak tahu mana perginya si Sha ni . Takut dia tertidur je , haih"
"Lah ? Kalau macam tu , jum lah I hantarkan You . Mana lah tahu kalau-kalau si Sha tu tak datang ambil You , tidur kat sini lah nampaknya You.. hehehe"
"Hm.. Let's me call her first.If she did not pick her phone up , then you can send me to my house. "
Berkali-kali Lia cuba call Sha , tetapi Sha tidak menjawab panggilannya. Seperti yang dikatakan , Asyraf menghantar Lia balik ke rumah Lia. Tiba sahaja di rumah Lia , Lia terlihat seseorang terlantar di luar rumahnya. Segera dia keluar dari kereta Asyraf , dan pergi ke tempat orang itu . Sedihnya , Orang itu ialah Sha . Segera dia membawa Sha pergi ke Hospital yang berdekatan.
Comments
Post a Comment