profile Facebook Twitter refresh follow

disclaimer
about
Hello, i'm Fatin . Thankyouu visit <3
Hey, I Hate You


chatting
let's talking

Love.
Thursday, 10 August 2017 | 0 comments
Ehem haluuu gegel and beboi sekalian . huhuks :3 well well well here i am again . Setelah sekian lama ai mendiamkan diri . emememem lama ke tuuu xD Hahahahaha gais, i thought that bila kita dah besar, hidup kita lebih senang, tapi nah, its wrong. Totally wrong boii. Hahahaha, well for me , lagi kita dewasa, lagi banyak dugaan kita kena hadapi. well like ' pengalaman mendewasakan kita' (JAP, ADA KENA MENGENA KE? EM KBYE) Hahaha well, mcm ya, kita ingat hidup kita ni selalu happy, tapi actually its not. Dalam beribu berjuta beratus dugaan , kau still have to smile . Kan ? bak kata pepatah ongputeh, 'Smiles hide many tears' (PEPATAH KE TU HAHAHAHA) ok lah, kita lupakan tentang dugaan dugaan ni, kita move to next topic la eh ? kang makin panjang2 , makin melewehhhhhh hahahhahaha. 


SO GAIS!!!! actually nk buat entry ni bukan pasal dugaan dugaan tu. dugaan tu saje nak buat entry ni nampak panjang walaupun sikit je senanya huhuks xD haha well actually nk buat entry pasal mobile legends . GOSHHHHHHHH Anyone play this game ? goshhhhhh please give me yr id duhhh ! hahaha im so addicted with this game . hahahhaa best! mcm main Dota , League tapi ni main through phone or gadget tapi bukan laptop or computer hahahaha. Gais , game tu buat aku kenal ramai orang dgn pelbagai personaliti. Well , senanya nak cerita pasal sorang lelaki yang telah mencuri hatiku ( PUIH) Hahahaha, well gais . saje nak cerita detik2 pertemuan terindah ( MOHON JANGAN MUNTAH HMM ) hahahaha ok serious ni . ini seriouss ! Wonderpet Wonderpet datang membantuu!! kk jap *tarik nafas* hah kk. well cerita dia mcmni, first masatu tgh main ml, time tu dedua tak kenal. then ttba main satu team. Namanya ' abang masuk ikm ' lepastu ai nganjing la kt chat ml tu . ai cakap ' akak masuk uitm ' HAHAHAHA KUAT NGANJING KAN ? Well, lepastu lepas game tu dia add ai alololo nak ngorat ai latuuuuu . ingat senang ? xD ahahahaha. okay then lelama chat kt ml apa smua , then aku lupa lah siapa yg suruh bgi id wechat supaya senang chat. aku rasa aku kot gg . myb its me xD aku kot yang minta dia id wechat lol sbab mcm susah lah chat kt ml. kadang aku on dia tak on , dia on aku tk on. so last2 chat kt wechat HAHAHAHA KAMI BUKAN BUDAK WECHAT YANG SAWIT2 TU OKAY. Well, taknak lah minta nmber utk nk ws . kang mcm senang2 je dia dapat nmber aku. hahahahaha hambuihhhhhh . okay then dri start chat kt wechat, dia try hard gila xD hahahaha ,  tapi well me, sentiasa reject kalau dia buat ciacia ke apa ke HAHAHA SORRYYY <3 then lelama, mcm dah ada group ml kt ws, so mcm nak ramaikan lgi org kt grp tu, so aku minta lah nmber dia supaya boleh add dia kt grp ml tu. HAHAHAHHA GUESS WHAT? KAT WS PUN KALAU DIA SWEET2 KE CIACIA KE , AI STILL TK LAYAN GAIS . AI REJECT GAIS HAHAHAHA. Kesian plak bila teringat balik xD huks. Then, smpailah satu hari ni, aku cm mula jatuh cinta dgn dia sbb aku rasa dia betul2 suka aku. tapi kitaorg tak declare pape lgi msatu. sampai lah satu hari ni kawan aku ws ckp ' dah official ke belum? tarikh harini cantik' HAHAHAHA GUESS WHAT? AI TERUS OK , THEN DIDNT ASPECT THAT TARIKH TU IS TARIKH MY BIRTHDAY HAHAHAHA SO FUNNYYY! tapi birthday ai 17/8 , ahaahhaa. well, lagi 7 hari je birthday ai. I hope he will come to jb ><' tapi kalau tak dapat nak berjumpa, icokey maybe its not the time yet. kan ? :3 well, ai tunggu yu datang and ai tunggu hadiah dari kawan2 ai okay ? :P 

All about me me me me me.
Friday, 15 January 2016 | 0 comments




Hello gais! haha yes! yes! yes!! akhirnya dah habis sekolah !! yes!!! hahaha xD TAPI RINDU SEKOLAH!!!!!! T^T sedisss! Haha , well . its already 2016 bruh . jap!! aku lambat sangat ke ni ? hahahhahaha ada den kisah ? well , umur dah 18tahun ni [MUDA LAGI OKAY]  makin banyak pula dugaan yang datang kan ? hahaha. hmph hmph sabar fatin sabar T^T haha well , semoga tahun ni lebih baik daripada tahun-tahun yang lepas okay gaissssss ?


Well gais . sorry tak habiskan cerita ala-ala novel tu . Aku takde idea nak sambung.. maklum la , dari 2013 aku buat cerita tu , sampai ke lani tak habis2 lagi . yampun ! tapi in shaa Allah kalau tetibe aku dapat ilham nak sambung cerita tu , aku sambung ok ?

well sementara tunggu result SPM , ramai yang tanya " kau dah kerja ?" " kau buat apa je sekarang ?" WEH ! AKU KAT RUMAH JADI PENGANGGUR WEH!! Aku nak kerja , but then erm . biasa la perempuan . Banyak benda nak kena fikir untuk cari kerja . haha, Plus!!!!! AKU TAKDE ORANG YG NK TEMAN CARI KERJA! Ada orang nak teman aku tak ?? Cis!! haha . btw , aku sekarang tengah belajar memandu ! yuhooooooooooo!!! Yampun! susahnya nak seimbangkan claj and minyak!!!!!! geram aku tau!! well , Esok dah start KPP3 . but JPJ Test bulan 2 nanti , lek lu sebulan lagi ye dak ? haha , well nasib baik dapat cikgu yang baik !! syukran syukran! wish me luck okay gaissss?!

Weh! aku ni punya lah berazam dari bulan januari 2015 yang akhir bulan, lepas spm aku nak kuruskan badan weh! tup tup ! hamikkkkkk !!!! bukan kuruskan badan! kembangkan lagi ada la!!!!!!! Hish marah ni marah ni!!! Nak jogging but then taman jauh sangat! malas betul aku hish! then konon la nak kerja , nak itu nak ini .. Last2 satu hape pun tadakkk!! kuangkuangkuang !

Well , mesti korang pelik kan apa kena mengena dengan gambar kat atas tu ? hah , saje je nak bagitahu yang kerja aku kat rumah ni tengok anime je huhuhu. Kalau tak download , mesti tengok anime kat astro tu . apa namanya ? Animax ? kan ? hah . tapi serious in love gila dengan cerita Akatsuki No Yona , cerita pasal kingdom . then banyak action .. jarang tau aku suka cerita anime action2 ni . mcm Naruto , tak minat den ! kawan pun ada yang suruh tengok cerita One Punch kot tak silap lah tajuknya. hahaha still tknak sbb cerita mcm more tu boys -.- hahaha :p Kalau korang tahu cerita anime yang best2 , please bagitahu kat chatbox eh ? Pleaseeeee <3 hehe okay la gaisssss byeeeeeeeeee nak mandi .. Oppsssssss!

Hatiku dan Hatimu ( Bab 6 )
Saturday, 5 September 2015 | 0 comments

ok la . disebabkan kebosanan tak tahu nak buat apa . meh kita sambung cerita kita ala-ala novel ni ok . hehehe jangan marah nahh .


BAB 6

"Sha , aku ingatkan nak balik Malaysia lah tahun ni . Aku rindu gila dekat family aku . Dah lama tak lepak dengan diaorang. Kau nak join sekali ? " tanya Lia.
"hmm. Boleh juga. Aku pun dah lama tak balik Malaysia . Rindu pulak dekat diaorang. Hah ! Asyraf follow sekali ke ? yelaaa, mana lah tahu nak kenalkan Asyraf dekat family kau . Awww so sweeeett!! " jawab Sha.
"Kau, jangan nak merepek ! weh, jom pergi shopping nak ? Ahad ni birthday Asyraf. Ingatkan nak belikan dia hadiah . Buat kenangan nanti kalau aku dah takde nanti huhuhu" Jawab Lia,
"Hah! ok , aku on je . Jom siap! "



"Shaaaaaaaaaaaaaa!! cepat sikit budak betuah!! dah lambat ni ! aku tinggalkan kau kang !"
"Eleh , sabar lah! macam la kau boleh pergi shopping tanpa aku . kau mana boleh hidup tanpa aku kan ? cium sikit "
"banyak kau punya cium . ni aku kasi kau cium tapak kaki aku ! cepat sikit! "
"ala garang macam singa la dia ni . kalah bapak singa . yela dah siap ni ish! "

Semasa dalam perjalanan , banyak yang mereka bualkan . Sha menceritakan apa yang terjadi semasa kemalangan dahulu . Tetapi masih tidak tahu siapa yang berhati busuk yang membuat sedemikian . Bila hati sudah hitam, macam-macam boleh jadi . Apa yang dibuat semuanya tanpa berfikir dahulu akibat dan kesan perbuatan mereka.

Sampai sahaja di shopping mall , mereka bergegas mencari kedai serbeneka yang menjual pelbagai jenis barang dan cenderahati .

"Sha , yang ni okay tak ? ni okay ? mana satu okay ? susahnya nak belikan lelaki hadiah! ish menyampah aku dibuatnya!! " rungut Lia.
"Kau ni pun satu , kau pergi kedai serbeneka , kalau kau nak belikan barang untuk perempuan , boleh la kau beli kat sini . kalau nak belikan untuk lelaki , tu hah kedainya ! PUSAT PAKAIAN kau , hah! baru la standard lelaki-lelaki macho " jawab Sha.
"Kau ni pun! bagitahu lah awal-awal! mana lah pernah aku pergi belikan hadiah untuk lelaki ! "
"Ehem , kira Asyraf ni special lah ni ? atototo so sweet ! Tak sabar nak makan nasi minyak dekat Malaysia nanti! Aku nak jadi pengapit tau?! hehehe. "
" dah start dah merepek dia"

Mimimimimi,
Friday, 10 October 2014 | 0 comments


Assalamualaikum kawan kawan sekalian ! Oh well , emm . Nak Minta maaf sebab tak dapat nak sambung Post yang ala ala novel tu lol. sebab emm . yaa , sekolah la .. tak sempat nak bukak blog , update blog apa smua .. lagipun sekarang ni pun tengah minggu exam .. waduh pak .. busy mak oi . {Dah lama tak menaip lelaju , asek typo je daripada tadi} kehkehkeh  . Eh korang sihat ? Kabare? xD hehehe. hm hm hm nak cakap apa lagi ek >< well , Fatin sihat joh . cuma busy duk hal sekolah . ngehngehngeh , anyone nak gantikan tempat fatin time exam nanti tak ? gahahhaa. jk jk . em harini cuti .. and bosan . { sebab tak study } Takde mood nak study wooots.

Well , emm .. best pulak menaip sambil dengar lagu kita kat blog ni . rasa mcam nak taip panjannnnnnnnnnnnnnngggggggggggg-panjangggggggggggggg xD hehehe . okay sorry merepek kahkahkah {mcm org tak matang zz} ok em nak cerita apa ek ? hehee.

So .............. em actly kan .. Tahun ni kita banyak sangat problems  , dengan classmate , bestfriends , family and huish :p ngehngehngeh. Apesal ketawa? xD ok TAK KELAKOOOOR. hemhemhem , takyah lah ekk nak cite tu semua kat sini :p sibuk je nanti korang nak baca :p *Ketawa jahat* woops sowwy kahkahkah . Eh eh eh eh waley waley ehhh ~ haha ok , em korang yang tengah exam tu pun Goodluck tau :) hehe . Hahh! nak tahu tak ? akhir akhir ni kita asek ngantok aje . tu yang tak study . . eh jap . bukannya tak study .. study , tapi lambat :p hehe  . so far , BI , SEJ3 , BM boleh lah tahan senangsusah . i means sedarhana hehee. aduh , mesti makin bosan kan korang baca blog aku =.= nah . idc lol jk babe xD Ok la ! Nak makangg nii hehe. korang yang lelaki tu jangan lupa pula solat jumaat ! Assalamualaikum :) Kalauu ada masa , aku update blog lagi k ?



                                                                                         With love,
                                                                                           Fatin.

Hatiku dan Hatimu ( Bab 5 )
Friday, 24 January 2014 | 0 comments


TIGA BULAN KEMUDIAN.

"Alhamdulillah Sha , Akhirnya kau sihat jugak . Aku Rindu dekat kau weh!"  Lia memulakan bicara .
"Ya , aku pun rindu sangat-sangat dekat kau Lia ! "
"Sha , aku nak tanya kau sesuatu boleh?"
"Boleh , apa dia , Lia ? "
"Assalamualaikum" Tiba-tiba suara seseorang menyapa . Terkejut Lia dan Sha dibuatnya . Rupa-rupanya Asyraf yang datang untuk menghantar mereka balik ke rumah.
"You dah okay ke Sha ? Alhamdulillah . Hmm , macam mana boleh jadi macam ni Sha? You nampak siapa yang buat ? You dari mana masa tu?" Bertubi-tubi soalan yang dianjurkan kepada Sha.
"Hmm , Nanti bila sampai masanya I nak cerita , I akan cerita dekat korang okay ? I don't think soo yang sekarang masa yang tepat untuk I jawab soalan tu" Dan Asyraf hanya menjawab " Ok Sha " .

Setelah setengah jam mereka di dalam kereta , akhirnya sampai juga di rumah Lia dan Sha .
"Hah ! dah sampai .. Lia , jaga Sha elok-elok tau ? You pun jaga diri tu , kalau ada apa-apa , just call me okay ?"
"Ok Asyraf . You pun jaga diri tu elok-elok. Dah lewat malam ni . SoDrive carefully okay ? "


"Sha , bangun .. Solat subuh , kemudian kita sarapan .. Mari sini aku tolong kau"
" Ya , aku dah bangun dah ni .. Eh tak mengapa . aku boleh ambil air sembahyang sendiri . "
"Are You Sure ? Betul ke ni ? kau jangan .. tiba-tiba aku tengok kau terlantar balik kejap lagi" Ketawa Sha dibuatnya.
"Haha , tak ada nya Lia . Kau jangan doakan aku macam tu .. Tak baik tau! "
"Eh Eh , aku gurau je sayang. Mengada betul dia ni lah . hihihi. Kalau macam tu , aku tunggu kau dekat bawah tau? Jangan lambat ! kalau tidak , aku habiskan makanan kau ! "
"Ye Lia . Aku akan turun guna rocket nanti."

Hatiku dan Hatimu ( Bab 4 )
Thursday, 26 December 2013 | 0 comments


*Sambungan*

"You nak makan apa? Order lah . Hari ini I belanja you . Khas untuk kekasih ku seorang ni" kata Asyraf.
"Eh ? Nak termuntah I dengar tau ! Haha , you sure nak belanja I ?"
"Ya! kenapa ? You nak belanja I ke? "
"Eh , kenapa pula I nak kena belanja you ? Buang duit I je ! "
"Buang duit You ? ok Lia ok ! I balik lah kalau macam ni " Sedih betul memek muka yang Asyraf buat .
"Alololo , Jangan lah macam ini . Tak kesian dekat I ke ? "
"Eh ? mesti lah kesian . Kesian isteri saya seorang ni " Dicubitnya pipi Lia .
"Sakit lah! hish !!"
"Alolo , sakit ke ? sorry ya sayang."

"Ehem . Nak order apa ya , encik  ? " Tiba-tiba suara itu menyapa mereka. Leka berbual bersama , sampaikan tidak perasan kehadiran waitress di situ.
"Oh maafkan saya. Hah Lia , You nak makan apa ? order lah ."
Lia hanya memesan Chicken chop dan Jus oren sahaja , Asyraf pula memesan Lasagna dan Jus guava.
"Hah Lia , You tak balik Malaysia ke cuti nanti ?"
"Oh hmm . I ingatkan nak balik lagi 3 bulan nanti , I nak ajak Sha sekali . Tapi tu lah , Sha pula kemalangan . So , I tak tahu lagi sama ada I akan balik Malaysia ataupun tidak . Tengok lah keadaan macam mana"
"Oh , hmm . Nanti kalau you confirm nak balik Malaysia , inform me okay ? I nak balik sama . Hihihi"
"Okay ! Nanti kalau ada apa-apa , I bagitahu you okay ? "
"Ok . Hah ! Tu makanan dah sampai ! Yummy! Jom makan ? Bismillah."

Selesai sahaja makan , mereka pulang dan menyiapkan diri untuk pergi ke kerja . Selagi Sha belum sihat , selagi itu Lia kena tumpang Asyraf . Dan setiap hari , itu lah yang mereka lakukan..

Hatiku dan Hatimu ( Bab 2 and 3 )
| 0 comments


*Sambungan* ( Bab 2 )

Di hadapan bilik rawatan itu , Lia kelihatan sangat gelisah. Asyraf kasihan melihat keadaan Lia yang sangat gelisah . Tapi , kasihan lagi Sha yang sedang bertaruh nyawa di dalam bilik itu. Setelah beberapa Jam mereka tunggu untuk penjelasan daripada doktor , akhirnya doktor keluar dari bilik itu .
"Awak ni siapa ? Ahli keluarga Cik Sha ? " tanya doktor .
"Tidak , saya rakan serumah dia . Kami tinggal bersama . Bagaimana keadaan Sha , doktor ? "
"Um , Cik boleh ikut saya sebentar? "
"Baiklah."

Ketika di dalam bilik doktor , Lia rasa amat gelisah . Takut terjadi apa-apa pada rakan baiknya.
"Bagaimana keadaan Sha , doktor ?"
"Hm , maafkan saya . Kepala dia retak , mungkin kerana kepalanya terhentak kuat dan mungkin juga ini mengambil masa dalam 2 atau 3 bulan, dan oleh kerana itu , mungkin kandungannya boleh gugur. Saya harap cik bersabar , banyakkan berdoa ."
"Boleh saya masuk dalam bilik tu ?"
"Hm , untuk masa ni , sebaik-baiknya .. beri lah Cik Sha berehat. "

Lia pulang ke tempat di mana Sha dirawatkan tadi. Lia tertanya-tanya.. Apa yang doktor itu maksudkan ? "Mungkin kandungannya boleh gugur" ?? Sha pernah berkahwinkah sebelum ni ? Bila dia kahwin ? . Banyak persoalan yang terlintas di fikirannya.

"So how Lia ? How was her condition ? "
"Hmm , doctor says that her head was cracked and it's take about 2 or 3 month to recover her cracked  head"
"Ya'Allah . Macam mana ni semua boleh berlaku ? Kesian I tengok dia. Hm , Takpa lah Lia , Jom kita balik , kita doa banyak-banyak, lagi pun dah lewat malam ni."
"Hm , okay . " Lia amat sedih . Rakan yang amat dia sayangi kini terlantar di Hospital.

Lia menelefon Lecturer dia untuk memberitahu bahawa Sha sedang berada di Hospital , dan dia ingin mengambil cuti untuk menemani Sha di Hospital. Setelah beberapa minit perjalanan mereka , akhirnya sampai juga di rumah Lia.
"Lia , esok you datang kelas tak ? "
"Hm , tak kut . I nak temankan Sha dekat Hospital"
"Oh, hm. You nak I temankan You ? I boleh hantarkan You "
"Eh , takpa lah Asyraf , You datanglah kelas tu , nanti Lecturer marah pula "
"Hm , okay" Sayu sahaja Asyraf menjawab.

( Bab 3 ) 

Lia bangun dari tidur pada awal jam 5 pagi . Selalunya dia akan bangun awal untuk menyediakan sarapan kepada Sha dan dirinya . Tetapi hari ini tidak lagi . Hatinya suram kerana dia rakan karibnya sedang berada di Hospital. Hmm.
Selesai sahaja menunaikan solat subuh , dia bersiap untuk melawat rakannya di Hospital. Sebaik sahaja dia siap , tiba-tiba kedengaran bunyi hon kereta , terkejut Lia. " Siapa pula yang datang pagi-pagi ni ? Haih" kata hati Lia. Rupa-rupa Asyraf yang berada di luar .

"Apa yang you buat dekat sini , Asyraf? "
"Hihi , I nak temankan you lah , sayang"
"Sayang ? Banyak lah you punya sayang ! pak kang ! "
"Alololo comelnya you ni . Ala, sekali sekala bergurau dengan you. Bukan selalu. hihihi"
Ketawa Lia mendengar kata-kata Asyraf . "Comel la sangat" hahaha .
"Hm , Ok , jum lah kita pergi Hospital ? "
"Ok , jom lah "

Asyraf membukakan pintu kereta untuk Lia , dan terus memandu ke Hospital. Sepanjang perjalanan ke Hospital , mereka berdiam diri sahaja . Lia sibuk dengan Twitter dia , dan Asyraf fokus dengan memandunya.

"You , kita dah sampai ni , you nak duduk dalam kereta ataupun you nak lawat Sha ni ??"
"I nak tengok muka you. Boleh ? hahahaha"
"Kau ingat sweet ? sawit ada ah ! "
"Aipp! Sampai hati you !"
"Alololo , dah dah . Jom naik atas "
"Ok boss!"

Sayu sahaja hati Lia melihat wajah Sha . Meskipun mereka berkenalan semasa mereka di Universiti ini , tapi hubungan mereka bagaikan isi dan kuku . Mereka sangat rapat , suka ceritakan masalah mereka antara satu sama lain , suka bergossip tentang Prince Charming di Universiti itu . Hmm , sedih rasanya bila melihat rakan karib kita sakit .

"You , I keluar sekejap . I nak Dinner , lapar . You nak ikut ? "
"Hm , tak mengapa lah Asyraf. Lagipun I kenyang lagi ni."
"Banyak lah You punya kenyang. Tadi Lunch bukannya you makan kan?! Dah dah , Jom ikut I dinner . Lepas itu boleh terus siap untuk pergi kerja ."
"Hm , Baiklah"


FUTURE
PAST