*Sambungan* ( Bab 2 ) Di hadapan bilik rawatan itu , Lia kelihatan sangat gelisah. Asyraf kasihan melihat keadaan Lia yang sangat gelisah . Tapi , kasihan lagi Sha yang sedang bertaruh nyawa di dalam bilik itu. Setelah beberapa Jam mereka tunggu untuk penjelasan daripada doktor , akhirnya doktor keluar dari bilik itu . "Awak ni siapa ? Ahli keluarga Cik Sha ? " tanya doktor . "Tidak , saya rakan serumah dia . Kami tinggal bersama . Bagaimana keadaan Sha , doktor ? " "Um , Cik boleh ikut saya sebentar? " "Baiklah." Ketika di dalam bilik doktor , Lia rasa amat gelisah . Takut terjadi apa-apa pada rakan baiknya. "Bagaimana keadaan Sha , doktor ?" "Hm , maafkan saya . Kepala dia retak , mungkin kerana kepalanya terhentak kuat dan mungkin juga ini mengambil masa dalam 2 atau 3 bulan, dan oleh kerana itu , mungkin kandungannya boleh gugur. Saya harap cik bersabar , banyakkan berdoa ." "Boleh saya masuk dalam bilik tu ?" ...
Ninoninonino x sabar nk mkn nasi minyak jngn lupa jemput ! 😂
ReplyDelete